Thursday, January 20, 2011

Ciri- Ciri Suami Pilihan

Semua orang mesti ade boyfren kn..masing-masing punya perspektif sendiri macam mana pilihan hati boyfren masing-masing samaada mcm Brad Pitt, Hrithik Roshan or Aaron Aziz..tp untuk mencari suami yang baik akhlak dan  imannya amat susah sekarang nie..so kte kne pandai2 la buat pilihan yg tepat kerana kte akn hdup brsamanye utk satu jangka masa yg lama..suami kte la yg akn mndidik dan membimbing kte utk seumur hdup kte nanti....


KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.



Kata-kata itu dipetik dr lagu nasyid kmpulan Raihan...
Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

  • Kuat agamanya
    Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
  • Baik akhlaknya  Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
  • Tegas mempertahankan maruah
    Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
  • Amanah
    Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
  • Pemurah tetapi tidak borosDia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
  • Tidak liar matanya
    Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
  • Terbatas pergaulan
    Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  • Rakan pergaulannya
    Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
  • BertanggungjawabRasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
  • Tenang wajahApa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya.
So, pandai2 la korang menilai dan meneliti calon bakal suami korang sume..harap2 jmpe sperti yg trsenarai  kat atas tu...Insyaallah


Tuesday, January 18, 2011

ABOUT CINTA

Pasti ramai yang pernah jatuh cinta or dilamun cinta kn..best sangat ker cinta nie ek...pape pun setiap orang pasti ade tanggapan cinta masing2 kn...


Cubelah ikut tip-tip kat bawah nie...hopefully u all temui pasangan yang mencintai diri kamu seikhlas hati dan terima diri kamu seadanya....




Untuk bertemu dengan orang yang tepat, kamu harus memainkan peranan yang penting juga. Ini kerana sedikit sebanyak sikap kamu mempengaruhi hubungan yang dijalin. Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia….

1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain

Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.

2. Punya Pendirian Yang Tetap

Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.

3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain

Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.

4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada

Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.


Malulah Mengenang Kebodohan Silam

Kata-kata nie dipetik dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj...sangat tertarik untuk dikongsi bersama...pasti sume orang ada sejarah silam yang menimbulkan kebodohan pada diri sendiri kan..


Mereka yang mampu tersenyum mengenang kebodohan silam sebenarnya adalah bijak, yang tetap bodoh adalah mereka yang terus menangis oleh kebodohan yang pernah dilakukan. Bodoh bagaimana yang dimaksudkan? Bodohlah seseorang yang mengambil tindakan terburu-buru apabila kemarahannya menghambat. Bodohlah seseorang yang membenarkan nafsu menguasai dirinya apabila syahwat sudah tidak terbatas. Bodohlah dia apabila bertindak seperti orang yang tidak siuman dalam melayan kehendak-kehendak sifat-sifat tidak baik.
             Rasulullah saw bersabda, ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh ALLAH.” (Riwayat at-Tirmidzi). Ambil statistik kemalangan jalan raya sebagai contoh. Negara kita di tempat teratas dalam jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya, dan punca utamanya adalah sikap pemandu, menurut International Transportation Forum.
           Berbeza dengan seorang wanita Muslim yang buta di Lansing, Amerika Syarikat, Mona Ramouni menggunakan seekor kuda untuk membimbingnya berjalan kaki ke tempat belajarnya di Universiti State Michigan. Kuda itu yang diberi nama Cali telah memberikan keyakinan kepadanya selepas dia berputus asa untuk berjalan kerana ketiadaan seseorang untuk membimbingnya (Agensi 15 Nov 10). Nampaknya kuda lebih bijak. Sesetengah kita sekolah sahaja tinggi tetapi tindakannya tidak melambangkan dia pernah bersekolah tinggi. Kata moyang saya pun sewaktu hayatnya, ketika itu dua orang kakak saya sedang terkial-kial hendak menjolok rambutan dengan galah, dirampasnya galah buluh itu lalu dia berkata, “Kata sekolah, petik buah rambutan pun tak reti,” sambil memetik setangkai rambutan dan menjatuhkannya dengan mudah.
         Seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.”
          Kemudian baginda menjawab, ”Sekiranya benar seperti mana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada ALLAH S.W.T. selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.” (Riwayat Muslim)
Anggapan orang terhadap kepandaian orang yang bersekolah, apalagi jika sampai ke universiti memanglah tinggi. 
         Andainya sewaktu bersekolah dia sentiasa mendapat nombor satu, orang pasti akan mengatakannya dia seorang yang sangat pandai, tetapi pandaikah seseorang yang bersekolah tinggi itu jika dia gagal mengawal emosi serta selalu mengambil tindakan-tindakan bodoh?

Jom kita renungkan bersama....!