Tuesday, January 18, 2011

Malulah Mengenang Kebodohan Silam

Kata-kata nie dipetik dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj...sangat tertarik untuk dikongsi bersama...pasti sume orang ada sejarah silam yang menimbulkan kebodohan pada diri sendiri kan..


Mereka yang mampu tersenyum mengenang kebodohan silam sebenarnya adalah bijak, yang tetap bodoh adalah mereka yang terus menangis oleh kebodohan yang pernah dilakukan. Bodoh bagaimana yang dimaksudkan? Bodohlah seseorang yang mengambil tindakan terburu-buru apabila kemarahannya menghambat. Bodohlah seseorang yang membenarkan nafsu menguasai dirinya apabila syahwat sudah tidak terbatas. Bodohlah dia apabila bertindak seperti orang yang tidak siuman dalam melayan kehendak-kehendak sifat-sifat tidak baik.
             Rasulullah saw bersabda, ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh ALLAH.” (Riwayat at-Tirmidzi). Ambil statistik kemalangan jalan raya sebagai contoh. Negara kita di tempat teratas dalam jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya, dan punca utamanya adalah sikap pemandu, menurut International Transportation Forum.
           Berbeza dengan seorang wanita Muslim yang buta di Lansing, Amerika Syarikat, Mona Ramouni menggunakan seekor kuda untuk membimbingnya berjalan kaki ke tempat belajarnya di Universiti State Michigan. Kuda itu yang diberi nama Cali telah memberikan keyakinan kepadanya selepas dia berputus asa untuk berjalan kerana ketiadaan seseorang untuk membimbingnya (Agensi 15 Nov 10). Nampaknya kuda lebih bijak. Sesetengah kita sekolah sahaja tinggi tetapi tindakannya tidak melambangkan dia pernah bersekolah tinggi. Kata moyang saya pun sewaktu hayatnya, ketika itu dua orang kakak saya sedang terkial-kial hendak menjolok rambutan dengan galah, dirampasnya galah buluh itu lalu dia berkata, “Kata sekolah, petik buah rambutan pun tak reti,” sambil memetik setangkai rambutan dan menjatuhkannya dengan mudah.
         Seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.”
          Kemudian baginda menjawab, ”Sekiranya benar seperti mana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada ALLAH S.W.T. selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.” (Riwayat Muslim)
Anggapan orang terhadap kepandaian orang yang bersekolah, apalagi jika sampai ke universiti memanglah tinggi. 
         Andainya sewaktu bersekolah dia sentiasa mendapat nombor satu, orang pasti akan mengatakannya dia seorang yang sangat pandai, tetapi pandaikah seseorang yang bersekolah tinggi itu jika dia gagal mengawal emosi serta selalu mengambil tindakan-tindakan bodoh?

Jom kita renungkan bersama....!

No comments:

Post a Comment